Salam Alaykum

Tuesday, 9 June 2015

Best Friends Forever Till Jannah

Bismillahirrahmanirrahim.


Apabila menjelang remaja, Fatihah, Aisyah, Asfa dan Masyithah mula membawa haluan sendiri ke destinasi yang diinginkan. Mereka berempat berjaya ke SMKA TUNAZ tetapi hanya Fatihah dan Masyithah sahaja yang kekal di sana kerana Aisyah dan Asfa pergi ke sekolah berasrama penuh.

Sedih apabila mengenangkan dua sahabat ini tidak belajar di kelas yang sama. Fatihah berada di kelas 1D manakala Masyithah pula di 1B. Dahlah tak sama kelas, jumpa pun memang jarang. Hu hu hu...

Pada cuti sekolah yang berlangsung selama dua minggu, Fatihah kerap menghubungi Aisyah. Mereka saling bercerita tentang sekolah dan bergelak ketawa ketika bertelefon sampai bil melambung-lambung. Aisyah mengatakan dia hendak berjumpa semula dengan Fatihah, Asfa dan Masyithah di rumah salah seorang daripada mereka kepada Fatihah. Fatihah bersetuju tetapi impian itu tidak kesampaian kerana mereka tidak memberitahu Asfa dan Masyithah.

Pada suatu hari, Fatihah terkenang dengan peristiwa lama empat sahabat tersebut. Mereka selalu berkumpul bersama, rehat bersama, bermain bersama, menjadi 'gila-gila' bersama dan banyaaak lagi. Walaupun mereka selalu berselisihan faham, mereka tetap akan bermaaf-maafan dan berbaik semula.

Fatihah bercadang hendak membuat perjumpaan dengan tiga sahabatnya sekali lagi pada cuti akhir tahun kelak di rumah Aisyah memandangkan ibu Aisyah yang menggalakkan kami berjumpa sekali lagi supaya Aisyah tidak menjadi seperti kakaknya yang tidak bertegur sapa dengan rakan lamanya selama bertahun-tahun.

Kalau tak dapat juga buat reunion lagi dunia ini, mereka akan berunion di syurga-Nya kelak, In Shaa Allah. :')

No comments:

Post a Comment

Better silent than saying bad words. :)