Salam Alaykum

Tuesday, 17 February 2015

Pengembaraan

Bismillah.. 
sudah tertulis di Lauh Mahfuz, insani yang bernama Syarifah Fatihah Humairaa Wan Jamaludin akan menyambung pengajian ke sekolah menengahnya di SMKA TUNAZ..
Alhamdulillah, penglibatan diri saya di sana amatlah memuaskan..

   Saya, pelajar harian telah pun menjadi seorang pelajar asrama di sana..
Saya mengambil kesempatan cuti Tahun Baru Cina 2015 ini untuk beristirahat dan bersantai sambil membuat bisnes, kerja rumah yang belum lagi habis dan membuat catatan samada di blog ataupun diari.

   Pada hari pertama saya berada di TUNAZ semasa minggu pendaftaran membuatkan saya rasa sungguh gementar dan gembira apabila melangkah masuk ke sekolah tersebut sampai ketika hendak bersalaman dengan guru kelas pun terketar-ketar. Kami mengadakan minggu orientasi sahaja pada minggu pertama. 

   Minggu kedua, saya dipanggil secara tiba-tiba ke bilik warden. Rupa-rupanya, saya layak untuk memasuki asrama. Saya berasa gembira dan gelisah pada masa yang sama kerana saya tidak biasa hidup berseorangan tanpa ahli keluarga. Minggu kedua (minggu pertama saya cuma menetap selama sehari) di asrama memanglah paling membuatkan saya rasa gundah-gulana. Sudahlah rakan yang tinggal bersebelahan dengan saya tidak memberikan jawapan kepada soalan-soalan saya. Terpaksalah saya bertahan kepada paksi saya sendiri tanpa bantuan yang diperlukan oleh saya. Hari-hari saya menangis kerana hati ini selalu hendak ke rumah yang selesa.

   Alhamdulillah, saya masih bertahan sampai ke minggu ketiga dan tidak menangis lagi kerana homesick. Apabila melangkah ke alam remaja, kita hendaklah bersikap lebih tabah, rasional dan berdikari kerana kita semakin meningkat dewasa. Sekarang, saya telah pun tahu tujuan ibu bapa mengapa menghantar saya ke asrama. Saya berasa sungguh berterima kasih atas pengorbanan dan jasa ibu bapa saya. Saya harap, saya dapat membalas budi kedua orang tua saya pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment

Better silent than saying bad words. :)