Salam Alaykum

Thursday, 19 February 2015

Hikmah

Bismillahirrahmanirrahim..

Kali ini saya ingin menulis tentang hikmah pada perkara-perkara yang telah kita lalui sepanjang hayat. Mungkin kita tidak sedar akan hikmah ini tetapi In Shaa Allah, suatu hari nanti akan juga kita faham. Antara situasi harian yang paling kerap kita lakukan (the most basic) adalah seperti tidur, makan, belajar dan sebagainya. 

   Cuba anda fikirkan, apakah tujuan kita melakukan semua perkara tersebut? Adakah kita melakukannya tanpa tujuan? Semestinya tidak, bukan? Contoh tujuan kita makan dan tidur adalah untuk tujuan pembesaran tubuh badan! Selain itu, belajar juga ada tujuan iaitu untuk masa hadapan anda.

   Perkara yang dinyatakan di atas cuma kebiasaan. Apakah contoh yang bukan biasa? Sebaliknya, ia adalah mungkin sesuatu yang menggembirakan atau memudaratkan. Contohnya, anda mendapat 5A UPSR. Apakah tujuan/sebabnya? Sudah tentu kerana usaha anda dan berkat daripada Tuhan. Sebaliknya, mengapa kita ditimpa musibah/penyakit? Pasti ada hikmahnya. 

   Kesimpulannya, apa jua yang berlaku, samada baik atau tidak, janganlah merungut dan bersabar atas segala ketentuan Ilahi. Mungkinkah perkara yang lebih baik akan berlaku? Cuma percayalah, semua itu ada hikmahnya! :D

No comments:

Post a Comment

Better silent than saying bad words. :)